Cuma bergurau! Ifa Raziah mohon maaf, tiada niat perlekeh wanita Iban

LocalEntertainment
19 Dec 2024 • 3:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Ifa Raziah mohon maaf atas kesilapannya menulis komen yang didakwa memperlekeh kaum Iban pada hantaran video dibuat rakannya, Kelly Azman, di Instagram, baru-baru ini.

Ifa atau Saripah Raziah Mustapha berkata, dia tidak mempunyai niat untuk mencetuskan provokasi bersifat perkauman dalam komen yang ditinggalkan mahupun mengguriskan perasaan banyak pihak.

Ifa Raziah mohon maaf

Selebriti berusia 49 tahun itu akui dirinya sangat terkejut apabila komen ditinggalkannya itu menjadi bualan ramai sehingga kini meskipun ia dibuat enam minggu lalu.

“Komen yang ditulis pada video rakan baik saya, Kelly Azman itu adalah sekadar bergurau.
“Malah, ayat saya itu pun tiada unsur negatif yang mengata bukan-bukan terhadap kaum Iban,” katanya.

image is not available

Tegas Ifa Raziah, komen ‘Ingatkan perempuan Iban mana yang tersesat’ itu sama sekali tidak bersifat ke arah percubaannya untuk ‘body shaming atau ‘face shaming’ etnik tertentu.

“Saya tak bermaksud apa-apa pun dengan komen itu. Apatah lagi, berniat nak ‘body shaming’ ke atau ‘face shaming’ etnik tertentu. Pertama kali tengok video Kelly itu, saya nampak ‘head gear’ yang dipakai atas kepalanya sangat cantik.
“Setahu saya juga, orang Borneo paling cantik. Sebab, saya pun ada ramai kawan orang Sarawak dan Sabah daripada pelbagai kelompok etnik. Jadi, takkan saya nak main sentimen perkauman. Tak ada terniat pun di hati saya,” katanya.

Menurut Ifa, dia juga sudah bersedia meminta maaf apabila isu itu muncul menerusi sidang media akan dibuat, namun dia berada di Singapura atas urusan kerja baru-baru ini.

image is not available

Ifa berkata, sebagai orang Islam, dirinya langsung tidak mempunyai niat untuk mengguriskan hati sesetengah perkauman terutama orang orang Borneo, Sabah, Sarawak dan orang Iban.

“Semi Allah semua itu disalah ertikan. Saya susun sepuluh jari dan mohon maaf.
“Saya harap penjelasan yang saya buat ini dapat menyelesaikan isu yang berlaku. Saya tak ada niat, tak sengaja. Itu hanya gurauan antara saya dengan sahabat baik dan orang mungkin salah faham,” katanya lagi.

image is not available

Terdahulu, komen Ifa itu mendapat kecaman hebat netizen dan dianggap berbaur provokasi selain tidak menghormati etnik kaum di Sarawak itu.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)