
Cuma Perlu 4 Bahan, Ini Cara Buat Pewangi Rumah Dengan Mudah
Memiliki rumah yang sentiasa harum dan segar pastinya menjadi keinginan ramai, lebih-lebih lagi apabila menerima kehadiran tetamu.
Suasana yang wangi bukan sahaja memberikan keselesaan kepada tuan rumah, malah turut meninggalkan impresi yang baik kepada sesiapa yang berkunjung.
Namun begitu, untuk memastikan rumah sentiasa berbau harum dengan menggunakan semburan pewangi yang dibeli di pasaran boleh menjadi satu perbelanjaan yang agak tinggi dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, anda boleh cuba alternatif yang lebih menjimatkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan mudah yang ada di rumah.
Bahan-bahan pewangi rumah
Untuk makluman pembaca, tip ini diambil daripada pengguna @ciklynalias di TikTok.
Menurutnya, untuk membuat pewangi ini bahannya cukup mudah.
Sebagai bahan utama, anda memerlukan pewangi baju atau lebih dikenali sebagai softener mengikut bau kegemaran anda yang boleh didapati di pasaran.
Selain itu, anda juga memerlukan soda penaik, cuka yang digunakan untuk masakan dan air panas.

Cara-cara buat pewangi rumah
Menurut @ciklynalias, cara penyediaan pewangi ini bermula dengan memasukkan dua sudu teh soda penaik ke dalam sebuah cawan.
Kemudian, tuangkan dua cawan kecil pewangi baju ke dalam cawan yang sama.
Seterusnya, gunakan cawan kecil tersebut untuk menyukat dan menambah dua cawan cuka ke dalam campuran.
Selepas itu, masukkan pula satu cawan air panas sebelum semua bahan dikacau sehingga sebati.
Apabila campuran telah siap, tuangkan ia ke dalam botol penyembur yang kosong dan telah dibersihkan.

Botol yang digunakan tidak semestinya khusus, asalkan ia berfungsi dengan baik sebagai penyembur.
Pewangi ini boleh digunakan dengan menyemburkannya pada langsir, karpet, bantal atau lantai bagi membantu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
Difahamkan, gabungan cuka bersama air panas dapat mengurangkan bau masam kerana dicampurkan dengan soda penaik dan pewangi baju.
Malah, kombinasi cuka dan soda penaik ini berfungsi dengan baik untuk menghilangkan bau hapak pada fabrik, sofa serta permukaan lantai berkilat.
Penambahan air panas dan pewangi pula membantu mengurangkan kesan masam dan melekit daripada cuka, tanpa menjejaskan fungsinya dalam menanggalkan kotoran.
Baca juga:


