Cuma pertukaran portfolio, bukan gugur atau lantik baharu - Ab Rauf

LocalPolitics
27 Dec 2024 • 8:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ab Rauf (kanan) membentang Bajet 2025 pada Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang ke-15 di Kompleks Seri Negeri dekat Ayer Keroh, pada Jumaat. Foto Bernama --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan bakal berlaku rombakan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, namun tiada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang digugurkan jawatan.

Beliau berkata, rombakan itu hanya membabitkan pertukaran portfolio dalam kalangan Exco sedia ada, selain tiada lantikan baharu dalam barisan pentadbiran di negeri berkenaan.

"Saya mengekalkan Exco sedia ada. Portfolio mereka sahaja yang berubah. Langkah ini diambil bagi meringankan beban mereka kerana ada yang memegang empat atau lima portfolio,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, di sini pada Jumaat.

Ab Rauf berkata, penyelarasan portfolio selepas rombakan juga dilihat lebih seimbang dan meringankan beban Exco, sekali gus membolehkan mereka berkhidmat dengan lebih baik, selari dengan komitmen kerajaan negeri kepada rakyat.

Beliau berkata, demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini, yang mendakwa rombakan MMK akan berlaku pada Januari ini, kononnya antara lain bagi menaikkan wakil rakyat yang lain.

Barisan Exco Melaka terdiri daripada sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan seorang ADUN Pakatan Harapan (PH). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved