Cun Untuk Lepak, Warung Gita Jadi ‘Port’ Santai Baru Buat Warga Kuching

7 May 2023 • 11:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak pening dah nak carik port lepak

Cun Untuk Lepak, Warung Gita Jadi ‘Port‘ Santai Baru Buat Warga Kuching. Sekiranya anda sedang mencari tempat yang sesuai untuk melepak dan mencari tempat yang santai di Kuching, jangan lupa untuk berkunjung ke Warung Gita.

Kedai ini menawarkan suasana yang tenang dan menyenangkan sambil anda menikmati hidangan anda.

image is not available
Cun Untuk Lepak, Warung Gita Jadi ‘Port’ Santai Baru Buat Warga Kuching. Kredit: Facebook

Warung ini berkonsep santai yang sesuai untuk keluarga dan kawan-kawan.

Macam ‘vibes’ Warong Che Senah di KL!

Lokasinya pun senang diakses kerana kedai ini terletak di tepi jalan bersebelahan dengan CS Market di Gita. Sebelum ini, warung tersebut merupakan tapak kedai Mom’s Cucur campur di Gita.

image is not available

Warung ini pun menyediakan pelbagai menu dari hidangan tradisional Sarawak seperti laksa Sarawak, mi kolok sehingga ke makanan western!

Makanan pun pelbagai!

Untuk anda yang tercari-cari port lepak yang cun dan best di Kuching bolehlah masukkan Warung Gita ini di dalam list tempat lepak anda bersama rakan-rakan ataupun keluarga anda!

image is not available

Lokasi: Warung Gita (Mom’s Laksa Lama bersebelahan CS Market)

Waktu operasi: 5:30 petang hingga 10:30 malam

Baca lagi artikel menarik: