
TAWAU: Dua pendatang tanpa izin (PTI) yang mencuri di sebuah inap desa di Ranggu, bulan lalu ketika menginap di rumah itu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat selepas mengaku salah melupuskan harta curi dan menyimpan harta curi.
Mohd Aizal Idrus, 28, dipenjara berjumlah 20 bulan bagi kedua-dua pertuduhan, manakala, rakan sejenayahnya, Abdul Razak Karim, 31, dipenjara 11 bulan atas pertuduhan melupuskan harta curi iaitu sebuah basikal lipat jenama Troy yang mereka jual dengan harga RM50.
Pertuduhan melupus harta curi itu dihadapi bersama oleh kedua-dua tertuduh yang masing-masing turut diarah menjalani hukuman bermula tarikh tangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas selesai hukuman.
Mohd Aizal yang turut berdepan tuduhan menyimpan harta curi iaitu sebuah televisyen jenama Panasonic warna hitam, dipenjara sembilan bulan bagi kesalahan itu, menjadikan jumlah hukumannya 20 bulan.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Kedua-dua tertuduh mengaku salah di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Bagi kesalahan menyimpan harta curi (televisyen Panasonic) Mohd Aizal mengaku melakukan jenayah itu di sebuah bilik sewa di bangunan Bank Islam, Jalan Haji Karim pada 29 April 2024 sekitar jam 2.45 petang.
Bagi kesalahan melupuskan harta curi (basikal lipat Troy), Mohd Aizal dan Abdul Razak mengaku melakukan jenayah itu di kawasan Masjid Mat Salleh Batu, Jalan Apas pada 27 April 2024 lebih kurang 4 petang.
Menurut fakta kes, kedua-dua tertuduh ditangkap dalam operasi pada 5 April 2024 di antara jam 11.45 pagi dan 2.45 petang di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Titingan dan sebuah bilik sewa di Jalan Haji Karim.
Siasatan polis mendapati, Mohd Aizal menjual basikal curi itu kepada orang tidak dikenali di kawasan Masjid Mat Salleh dengan harga RM50 atas saranan Abdul Razak dan hasilnya dibahagi sama-rata.
Manakala, televisyen yang disimpan tertuduh di bilik sewanya, dikenalpasti pemiliknya semasa pengecaman berdasarkan penandaan dilakukannya.
Terdahulu, pada 27 April 2024 sekitar 11 pagi, pemilik inap desa, Samsiah Samsul, 32, menerima panggilan video WhatsApp daripada jirannya yang ditugaskan sebagai ‘house keeping’ yang menunjukkan pintu homestay di Taman Residensi Prima Ranggu itu terbuka.
Pemeriksaan menerusi panggilan video itu mendapati televisyen jenama Panasonic dan basikal lipat jenama Troy hilang dicuri serta mengesyaki diambil penyewa yang menyewa inap desa tersebut yang masuk jam 2 pagi, pada hari berkenaan.
Mohd Aizal didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia turut didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Abdul Razak pula didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Pegawai Pendakwa ASP Jeffrey Kadison menjalankan pendakwaan, manakala, kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
