Curi elektrik, polis rampas 33 mesin bitcoin di Butterworth

LocalTechnology
20 Dec 2025 • 9:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

BUTTERWORTH, 20 DIS: Polis merampas 33 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di Taman Merbau Butterworth dan Taman Ara Jaya Tasek Gelugor, di sini yang menggunakan sambungan elektrik tidak sah, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata operasi turut dibantu Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Selain mesin bitcoin, serbuan turut merampas pelbagai peralatan berkaitan kegiatan itu termasuk empat router dan seunit modem.

“Dua premis terbabit didapati telah diubah suai untuk mencuri bekalan elektrik namun ketika serbuan tiada pemilik atau penjaga di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata TNB telah memotong bekalan elektrik di dua premis itu dan jumlah rampasan masih dalam penilaian pihak berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved