Curi kabel, hisap dadah: 4 ditangkap

13 Jul 2024 • 3:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Empat lelaki disyaki terlibat dalam pencurian kabel dan salah guna dadah ditangkap di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun Lomudin berkata lebih 100kg kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai kira-kira RM6,000 turut dirampas.

Menurut beliau, kumpulan itu dipercayai melakukan aktiviti mencuri kabel di daerah ini sejak tiga bulan lepas.

Katanya, suspek juga dianggap berbahaya kerana dilengkapi senjata seperti lastik, yang mereka gunakan apabila berdepan orang awam semasa melakukan aktiviti mereka.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Pada jam 3.30 petang 11 Julai, pasukan penguatkuasaan kami memeriksa dua kereta Perodua Bezza di sekatan jalan raya Op Utama di KM4, Jalan Ranau-Tambunan.

“Dua kereta sewa itu didapati membawa pelbagai jenis kabel seberat 126kg, pemotong kabel serta peralatan menghisap dadah jenis syabu, dan sebuah beg mengandungi bahan dipercayai syabu seberat 6.12 gram,” katanya.

Simiun berkata, siasatan mendapati empat suspek lelaki itu, berumur antara 25 dan 30 tahun, dalam perjalanan ke Tambunan untuk menjual kabel curi tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.