Curi kabel: Penduduk Tambunan ‘terputus hubungan’

14 Sep 2026 • 4:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Curi kabel: Penduduk Tambunan ‘terputus hubungan’

TAMBUNAN: Penduduk di Kampung Monsok Kito ‘terputus hubungan’ dengan dunia luar selepas pencawang pemancar perkhidmatan telekomunikasi di kawasan berkenaan diceroboh dan kabelnya dilarikan penjenayah sejak beberapa hari lalu.

Kejadian itu bukan sahaja menjejaskan komunikasi harian penduduk setempat malah turut membantutkan pelbagai urusan penting termasuk sesi pembelajaran dalam talian pelajar sekolah serta transaksi perniagaan kecil-kecilan di kampung berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hacker Basik berkata mereka pada awalnya tidak mengesyaki sebarang kejadian jenayah berikutan gangguan talian yang sering berlaku sebelum ini.

“Kami ingatkan ketiadaan talian internet yang berlaku kali ini hanya gangguan teknikal biasa seperti yang sering kami alami. Namun, selepas beberapa hari talian masih tidak pulih, beberapa penduduk mengambil keputusan untuk memeriksa keadaan di stesen pencawang berkenaan.

“Apabila kami sampai di lokasi, kami mendapati pintu pagar utama pencawang telah dirosakkan dan dipotong secara paksa.

“Penceroboh yang tidak bertanggungjawab masuk dan mencuri kabel-kabel utama di dalamnya,” katanya ketika ditemui, baru-bari ini.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati rantai pintu pagar keselamatan di tapak pencawang terbabir telah diputuskan. Di bahagian dalam struktur, wayar dan kabel penyambung utama didapati telah dipotong kemas, menunjukkan perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang mempunyai peralatan khas.

Pencerobohan itu menimbulkan kemarahan dan kebimbangan penduduk Kampung Monsok Kito. Ketiadaan liputan internet dan telefon talian tetap bukan sahaja menyusahkan komunikasi sesama ahli keluarga malah menimbulkan risiko keselamatan yang tinggi terutamanya jika berlaku sebarang kes kecemasan atau keperluan perubatan.

Kecurian kabel telekomunikasi itu bukanlah perkara baharu namun tindakan berani penceroboh menyasar pencawang di kawasan pedalaman menunjukkan keperluan mendesak terhadap kawalan keselamatan yang lebih ketat.

Penduduk berharap syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dapat mengambil langkah drastik untuk meningkatkan sistem kawalan keselamatan seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) atau penggera di setiap tapak pemancar.

Penduduk Kampung Monsok Kito menggesa pihak syarikat telekomunikasi dan agensi berkaitan agar membaiki kerosakan serta menggantikan kabel yang dicuri dengan kadar segera bagi mengembalikan semula capaian internet dan talian telefon di kawasan mereka.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved