‘Cushing sydrome, tulang lemah & kulit jadi nipis’

Health & Fitness
18 Jul 2024 • 10:52 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kaum wanita terutamanya amat mementingkan penampilan dan kesihatan. Bukan sahaja penampilan luaran, malahan kesihatan dalaman juga dipentingkan.

Kepelbagaian produk di pasaran seperti jamu, makjun, akar-akar kayu menjadi pilihan kebanyakan wanita supaya lebih sihat dan bertenaga.

Bagaimanapun, menurut seorang pakar perubatan, pengambilan produk-produk tersebut akan memberikan kesan sebaliknya.

@drmahyuddin

Jamu & makjun boleh menyebabkan tulang jadi lemah & kulit menjadi nipis #drmahyuddin #jamu #makjun

♬ original sound – Dr.Mahyuddin – Dr.Mahyuddin

“Orang yang selalu makan jamu, makjun akan mendapat risiko cushing syndrome kerana jamu dan makjun mengandungi steroid.

“Bila steroid dah mula masuk ke dalam badan kita akan menyebabkan tulang jadi reput, muka jadi bulat (moon face), bahu menjadi naik (membesar) ke atas,” katanya.

Tambahnya lagi ramai yang beranggapan apabila mengambil jamu, mereka berasa kuat dan segar untuk melakukan apa-apa aktiviti.

Oleh yang demikian, dia menasihati para wanita di luar sana untuk elakkan pembelian jamu dan makjun.