Custom ROM Masih Aktif 2024 Dengan LineageOS 21 Diperkenalkan

TechnologyDigital
16 Feb 2024 • 5:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Custom ROM adalah sistem operasi tersuai yang biasanya dibina berasaskan Android untuk pengguna menukar sistem operasi lalai pada peranti masing-masing dan meneroka ciri serta fungsi Android secara lebih mendalam. Kali terakhir saya “bermain” dengan custom ROM ini adalah pada tahun 2021 dengan Xiaomi Mi 11. Walaupun penggunaannya tidak sehebat seperti 10 tahun lalu, pembangunannya masih aktif sehingga ke hari ini. Terbaru LineageOS 21 telah dilancarkan berasakan Android 14.

image is not available

Versi baharu ini, Lineage telah mengemaskini aplikasi sistem mereka seperti pelayar web Jelly, Dialer, Contacts, Messaging, LatinIME (Keyboard), dan Calculator ke rekaan Material You. Pada masa yang sama, aplikasi album gambar baharu iaitu Glimpse turut diperkenalkan. Untuk Android TV, LineageOS 21 membawakan pelancar bebas iklan kepada pengguna. Mereka yang ingin memasang dan menerima kemas kini, LineageOS 21 turut menggunakan binaan A/B agar lebih mudah untuk pengguna dan pembangun.

image is not available

Dengan Custom ROM, selain dapat mencuba ciri dan fungsi menarik yang biasanya pengeluar peranti sembunyikan – peranti yang pengeluar hentikan sokongan kemas kini turut masih boleh menerima nafas baharu dengan sistem operasi dan sekuriti yang terkini. Mereka yang berminat boleh menziarahi laman web LineageOS.