“Cuti Dua Hari Je” – Mira Hadiahkan View Chin Sebuah Alphard Sebab Berjaya Puasa Ramadan

LocalEntertainment
5 Apr 2025 • 4:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mira

Personaliti media sosial dan host TikTok, Mira meraih perhatian ramai selepas menghadiahkan pasangannya sebuah MPV mewah iaitu Toyota Alphard.

Difahamkan, hadiah itu adalah tanda penghargaannya kerana View Chin berjaya puasa di bulan Ramadan meskipun ‘ponteng’ selama dua hari.

Mira hadiahkan View Chin MPV sebab puasa Ramadan

image is not available

Jelas Mira, sebelum ini dia sudah berjanji kepada View Chin akan menghadiahkan kereta Ferrari tetapi hadiah ditukarkan kepada sebuah MPV yang lebih bersesuaian.

View Chin yang terkejut dengan hadiah itu tidak menyangka Mira akan menunaikan janji-janjinya. Dia berasa sangat teruja kerana memang memasang impian untuk memiliki kereta yang lebih besar.

Yelah kata View Chin, kereta yang ada sekarang kecil dan anak-anak selalu bergaduh di tempat duduk belakang.

View Chin bergurau sanggup puasa setahun

Korang tontonlah sendiri video kejutan ni, sweet juga rupa-rupanya Mira ni kan?

Dengan nada berseloroh, View Chin berkata Mira lebih kaya daripadanya kerana mampu membeli sebuah kereta bernilai RM400,000.

Malah, ujarnya ini merupakan kereta ketiga yang didaftarkan di atas nama Mira sendiri.

#ApaKataOhmedia

Kalau mampu apa salahnya bahagiakan pasangan kan? Tetapi sebenarnya bukanlah nilai hadiah yang menjadi keutamaan, tetapi cara kita menghargai usaha pasangan itu sendiri.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


The post

appeared first on

.