Cuti Ni Tak Tahu Nak Pergi Mana? Bawa Keluarga Ke Resorts World Genting, Ada Tawaran Serendah RM38 Tau!

TravelSales & Promo
28 Aug 2026 • 6:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

“Asyik-asyik jalan tengah bandar, kalau tak pun pergi pantai…”

Jujur cakap, mesti korang pun dah mula rasa tepu dengan aktiviti yang sama je setiap kali musim cuti sekolah atau long weekend betul tak?

Advertisement

Nak pergi melancong ke luar negara bawa satu keluarga besar, risau poket pulak yang ‘rabak’. Kalau duduk rumah dan luang masa dengan aktiviti, lama-lama mesti bosan juga kan…

Daripada korang pening kepala pelan cuti korang, apa kata kali ini korang tukar angin sikit dan hirup udara sejuk dekat Genting Highlands!

Bukan apa, sekarang ni tengah ada promosi yang memang too good to be true untuk korang manjakan seisi keluarga tau.

Biar Betul?! Tiket Genting SkyWorlds Theme Park Cuma RM38 Je!

Percaya ataupun tak, korang dah boleh bawa seluruh ahli keluarga berseronok dengan menaiki pelbagai rides dekat Genting SkyWorlds Theme Park pada harga tiket serendah RM38 saja! Murah kan?!

Sempena bulan Kemerdekaan menerusi kempen “Merdeka Cara Kita, Bebas Tanpa Batas”, tawaran gila-gila ini dibuka khas bermula sekarang sehingga 31 Disember 2026.

Image from: Cuti Ni Tak Tahu Nak Pergi Mana? Bawa Keluarga Ke Resorts World Genting, Ada Tawaran Serendah RM38 Tau!

Psst, harga RM38 ini ditawarkan khas untuk:

– Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas

– Kanak-kanak dengan ketinggian antara 90cm hingga 110cm

– Tetamu Kurang Upaya (OKU) : Tetamu dengan sijil kelainan upaya

-Nombor Kad Pengenalan Anak Pahang dengan kod negeri 06, 32 dan 33

Fuh, dengan harga macam ni, barulah fun nak bawa satu keluarga pergi bercuti! Semua orang dapat berseronok, paling penting mesra poket korang tau!

Pening Nak Duduk Mana? Ini 2 Lokasi Penginapan Paling ‘On-Point’!

Bila dah bawa rombongan keluarga besar ni, bab memilih tempat penginapan memang kena betul-betul selesa.

Jangan risau, korang ada pilihan untuk menginap mengikut vibes percutian korang tau.

Hotel Genting SkyWorlds

Kalau korang nak tempat penginapan yang paling dekat dan memudahkan, Hotel Genting SkyWorlds adalah pilihan paling tepat!

Sebab apa? Lokasi hotel ini sangat strategik di mana ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Taman Tema Genting SkyWorlds dan SkyAvenue!

Paling penting, hotel ini juga menyediakan ruang yang sangat selesa untuk seisi keluarga korang berehat dan santai selepas seharian berada di theme park.

Image from: Cuti Ni Tak Tahu Nak Pergi Mana? Bawa Keluarga Ke Resorts World Genting, Ada Tawaran Serendah RM38 Tau!

Psst, Hotel Genting SkyWorlds menawarkan diskaun sehingga 72%! Bilik Quads untuk 4 orang harga bermula dari RM268 saja tau! Fuhh, memang jimat habis ni kalau bawa sekeluarga!

Image from: Cuti Ni Tak Tahu Nak Pergi Mana? Bawa Keluarga Ke Resorts World Genting, Ada Tawaran Serendah RM38 Tau!

Untuk anak-anak kecil, mereka juga berpeluang untuk sertai sesi Meet & Greet bersama Genting’s Highland Heroes tau. Mesti seronok!

Nak nikmati kesemua tawaran ini? Baik korang tempah sekarang sebab tawaran ini hanya sah bermula sekarang sehingga 30 Oktober 2026 saja, dengan tempoh penginapan sehingga 31 Oktober 2026.

Resorts World Awana

Nak suasana berlainan yang lebih damai dan dikelilingi alam semula jadi? Korang kena tempah Resorts World Awana!

Image from: Cuti Ni Tak Tahu Nak Pergi Mana? Bawa Keluarga Ke Resorts World Genting, Ada Tawaran Serendah RM38 Tau!

Tahu tak, Resorts World Awana ni telah pun diubahsuai dan dinaiktaraf, penuh gaya dengan fasiliti moden, di mana korang ada akses ke aktiviti alam semula jadi, pusat sukan, padang golf dan paling penting pelbagai pilihan restoran terkemuka tau.

Lagi best, tahu tak Resorts World Awana pun ada tawaran terbaru yang sangat menarik tau, iaitu Stay & Enjoy Triple Rewards!

Image from: Cuti Ni Tak Tahu Nak Pergi Mana? Bawa Keluarga Ke Resorts World Genting, Ada Tawaran Serendah RM38 Tau!

Menerusi tawaran hebat ini, korang berpeluang untuk menikmati:

– Beli 1 Percuma 1 tiket masuk Genting Nature Adventure Awana Trail

– Beli 1 Percuma 1 tiket Eufloria Gardens dan Sculpture Park

– Diskaun 10% di Village Fresh atau AYU Awana

Image from: Cuti Ni Tak Tahu Nak Pergi Mana? Bawa Keluarga Ke Resorts World Genting, Ada Tawaran Serendah RM38 Tau!

Bukan itu saja, korang juga berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 50% untuk malam kedua, khas untuk tempahan bilik Superior Deluxe Room. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini tau!

Psst, tawaran ini sah bermula sekarang hingga 31 Oktober 2026 dan hanya tersedia untuk korang yang menginap di Resorts World Awana saja, tertakluk pada terma dan syarat!

Jom Gerak Resorts World Genting Sekarang!

Mana lagi nak cari pakej percutian tanah tinggi yang lengkap macam ni? Tiket theme park cuma RM38, tambah pula promosi diskaun 50% untuk malam kedua di Resorts World Awana! Memang terbaik untuk cipta kenangan manis bersama yang tersayang.

Jadi, tunggu apa lagi? Buka group WhatsApp keluarga, lock tarikh dan tempah tiket atau bilik terus sekarang!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Resort World Genting, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

 

The post Cuti Ni Tak Tahu Nak Pergi Mana? Bawa Keluarga Ke Resorts World Genting, Ada Tawaran Serendah RM38 Tau! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved