Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap majikannya yang didakwa tidak menghormati cuti dan masa rehat pekerja. Menurutnya, walaupun hanya memohon cuti sehari untuk berehat, dia tetap diganggu dengan kerja dan perbincangan saat akhir.
“Kau tak respect cuti orang, kerja dah penat, cuti sehari pun nak kacau ke? Aku letihlah. Kau bagi kerja last minute, lepas tu suruh bincang 15 minit. Aku nak rehat satu hari je, bukan seminggu pun,” katanya dengan nada kesal.
Difahamkan wanita yang bekerja sebagai host live itu turut mempertikaikan sikap majikannya yang sering mengganggu waktu rehat pekerja dengan urusan kerja, seolah-olah tidak memikirkan kebajikan staf.
“Rehat pun kau kacau. Kau fikir tak? Kalau letih sangat, biarlah orang rehat. Duit banyak pun kalau sampai sakit kepala, tak guna. Gaji besar tapi kalau asyik fikir kerja sampai tak ada masa rehat, apa maknanya?” tambahnya lagi.
Hari ni cuti tngah sedap ii eh tiba ii suruh cari org buat live..tngah cuti ni aku pon carikan la tiber bnyak plk bunyi kata budak buat x bagus aku x tranning budaknya…kalau bagi tahu awal ,budak cun cun punya aku letak dah la tngah cuti pastu memaksa pulak panas hati aku #majikanambilkesempatan
Baca juga:
Dalam video berkenaan, wanita tersebut juga menyentuh isu tugasan yang diberikan kepada pekerja baharu tanpa latihan mencukupi. Katanya, adalah tidak adil untuk mengharapkan hasil yang sempurna sedangkan persediaan dan latihan tidak pernah diberikan.
“Budak tu baru masuk kerja, belum pernah training. Kau nak skill power macam mana kalau kau bagi kerja last minute? Kau expect dia boleh explain detail pasal produk baru, logik ke? Kalau nak budak bagus, bagi tahu awal, orang boleh arrange,” katanya.
Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa syarikat mencatat jualan sehingga RM300,000 sebulan, namun masih berkira dalam memberikan bayaran tambahan (OT) kepada pekerja.
“RM300,000 sebulan pun masih nak berkira, cuti sehari pun tak nak bagi. OT pun kau tak nak kira. Kedekut sangat. Kalau macam ni, baik berhenti kerja daripada sakit kepala,” luahnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati wanita berkenaan agar bersabar dan membuat laporan kepada pejabat buruh sekiranya merasakan dirinya dianiaya majikan.
The post ‘Cuti sehari pun dikacau, sampai bila nak tekan pekerja?’ appeared first on The Reporter.

