Takwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026. Anda boleh muat turun kalendar cuti sekolah / Takwim Akademik KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2025-kalendar-akademi
Sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026, umum Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. KPM telah membuat ketetapan untuk membuat perubahan kepada kalendar akademik sesi 2021 / 2022 akibat penularan COVID-19.
KPM juga telah melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan.

Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Sekolah 2026 / Takwim Akademik KPM Sesi 2026 untuk makluman semua rakyat Malaysia.
Cuti Sekolah 2026 – Takwim Akademik KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi sekolah Kumpulan A – meliputi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Kumpulan B — meliputi negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Berikut rumusan penting tentang tarikh cuti sekolah 2026 dan penggal persekolahan:
Penggal 1 Tahun 2026
- Mula persekolahan: 12 Januari 2026
- Akhir penggal 1: 22 Mei 2026
- Jumlah minggu persekolahan: 18 minggu
Cuti Pertengahan Penggal 1: 21 Mac – 29 Mac 2026 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun: 23 Mei – 7 Jun 2026 (16 hari)
Penggal 2 Tahun 2026
- Mula semula sekolah: 8 Jun 2026
- Akhir persekolahan: 4 Disember 2026
- Jumlah minggu persekolahan: 25 minggu
Cuti Pertengahan Penggal 2: 29 Ogos – 6 September 2026 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun 2026: 5 Disember – 31 Disember 2026 (27 hari)



Muat turun PDF:
Surat Siaran KPM Bil. 3 2025 – Kalendar Akademik 2026DownloadSumber: Surat Siaran KPM Bil. 3 Tahun 2025: Kalendar Akademik Tahun 2026 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan
Bagi yang suka tengok kalendar kuda, anda boleh rujuk di bawah ni :

Baca juga:
- Konsep “Karamah Insaniah” KPM – Maksud & Konsep Pelaksanaan
- 7 Teras Utama KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara
- Biodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
Hari Kelepasan Am Persekutuan & Negeri 2026
Malaysia sememangnya terkenal sebagai salah satu negara yang mempunyai cuti umum paling banyak di dunia.
Hal ini disebabkan kita mempunyai banyak Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri untuk pelbagai sambutan perayaan dan hari-hari penting.
JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN NEGERI 2026
- Tahun Baharu: 1 Jan (Khamis)
- Hari Wilayah Persekutuan: 1 Feb (Ahad)
- Hari Thapusam: 1 Feb (Ahad)
- Tahun Baru Cina: 17-18 Feb (Selasa-Rabu)
- Hari Nuzul Al-Quran: 7 Mac (Sabtu)
- Hari Raya Puasa: 21-22 Mac (Sabtu-Ahad)
- Hari Pekerja: 1 Mei (Jumaat)
- Hari Raya Qurban: 27 Mei (Rabu)
- Hari Wesak: 31 Mei (Ahad)
- Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda YDPA: 1 Jun (Isnin)
- Awal Muharam: 17 Jun (Rabu)
- Maulidur Rasul: 25 Ogos (Selasa)
- Hari Kebangsaan: 31 Ogos (Isnin)
- Hari Malaysia: 16 Sep (Rabu)
- Hari Deepavali: 8 Nov (Ahad)
- Hari Krismas: 25 Dis (Jumaat)



Hari Kelepasan Am Peringkat Persekutuan
Bagi memudahkan perancangan untuk bercuti, anda juga boleh merujuk kepada jadual di bawah ini yang memperincikan hari kelepasan am peringkat Persekutuan seperti berikut:

Hari Kelepasan Am Peringkat Negeri
Bagi memudahkan perancangan untuk bercuti, anda juga boleh merujuk kepada jadual di bawah ini yang memperincikan hari kelepasan am peringkat Negeri seperti berikut:


MUAT TURUN JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN NEGERI 2026 (PDF):
Soalan Lazim (FAQ) Cuti Sekolah 2026
Bila tarikh mula sekolah bagi tahun 2026 untuk Kumpulan B?Sekolah akan mula sesi akademik pada 12 Januari 2026 (Isnin).
Bila cuti sekolah pertengahan tahun 2026?Cuti pertengahan tahun bermula 23 Mei hingga 7 Jun 2026 (16 hari).
Berapa lama cuti akhir tahun 2026?Cuti akhir persekolahan bermula 5 Disember hingga 31 Disember 2026, selama 27 hari.
Bila masa terbaik untuk merancang percutian keluarga?Cuti pertengahan tahun (23 Mei – 7 Jun) dan cuti akhir tahun (Disember) adalah tempoh paling sesuai untuk percutian panjang.
Di mana boleh semak / muat turun kalendar akademik rasmi KPM 2026?Anda boleh semak di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2025-kalendar-akademi


