

Ada berita baik untuk mereka yang mahu ke Utara sempena cuti sekolah pada bulan ini.
Ini kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad ada menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.
KTMB berkata, perkhidmatan tren tambahan itu akan mula beroperasi pada 13 hingga 22 September ini.

“Untuk itu, KTMB menawarkan 630 tiket sehari dan akan mula dijual pada Jumaat ini (6 September) bermula jam 10 pagi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,300 tiket yang merangkumi koc kelas perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi yang berminat, anda boleh membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, App Store dan App Gallery atau laman sesawang rasmi KTMB.

