CUTI SEKOLAH: Rakyat Malaysia Yang Masuk Thailand Guna Kenderaan, WAJIB Bawa Geran Kereta Asal

LocalTravel
13 Dec 2024 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menjelang ketibaan cuti sekolah tidak lama lagi, mungkin ramai yang sudah membuat keputusan untuk menaiki kenderaan ke Thailand.

Namun anda kena tahu bahawa Jabatan Kastam Thailand kini mewajibkan warganegara Malaysia untuk membawa Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) asal di 4 pintu masuk, iaitu Padang Besar, Wang Kelian, Kota Putra, dan Bukit Kayu Hitam.

image is not available

Jabatan Kastam Thailand turut menekankan bahawa salinan VOC tidak akan diterima.

Sebarang kegagalan untuk mematuhi peraturan baru ini akan mengakibatkan larangan masuk ke negara tersebut. Jadi, pastikan anda membawa VOC kenderaan anda sebelum keluar rumah!