Kanak-Kanak Di U.K. & A.S. Lebih Berminat Untuk Menjadi Selebriti Youtube Berbanding Angkasawan

TechnologyDigital
18 Jul 2019 • 1:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada dahulunya, antara cita-cita popular yang sering disebutkan oleh kanak-kanak ialah peguam, doktor, jurutera, dan seorang perdana menteri. Namun seiring dengan perkembangan dunia digital, minat mereka terhadap cita-cita konvensional ini telah pun berubah berdasarkan perubahan pada sekeliling mereka.

Lego pada baru-baru ini telah bersama dengan The Harris Poll dalam menjalankan kajian kepada 3,000 kanak-kanak di China, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Kajian ini bertanyakan soalan mengenai apakah yang mereka ingin jadi sewaktu dewasa nanti.

image is not available

Dapatan daripada hasil kajian ini agak sedikit mengejutkan, terutama dari dua buah negara maju. 30% kanak-kanak di UK lebih cenderung untuk menjadi selebriti Youtube, berbanding 11% sahaja yang ingin menjadi angkasawan. Bacaan ini juga menyerupai dengan minat kanak-kanak di Amerika Syarikat – walaupun negara tersebut sedia mempunyai fasiliti angkasa yang hebat di dunia.

Berbeza di China, kanak-kanak di sana masih ramai yang berminat untuk menjadi angkasawan, melalui angka peratusan sebanyak 56%.

Daripada hasil kajian ini, kita dapat lihat bahawa minat kanak-kanak ini dapat diubah berdasarkan apa dapat memberi inspirasi kepada mereka. Dengan akses telefon pintar yang mudah kepada mereka, kanak-kanak pastinya banyak menghabiskan masa di Youtube, sekaligus cenderung untuk menjadikan seseorang individu di Youtube sebagai idola mereka.