Cyberpunk 2077 Akan Menerima Adaptasi Filem Aksi Nyata

GamingMovie
9 Oct 2026 • 9:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masa untuk bangun daripada tidur Samurai kerana permainan video Cyberpunk 2077 disahkan akan diadaptasi menjadi filem aksi nyata menurut laporan Deadline. Permainan yang dibangunkan oleh CD Projekt Red ini akan diterbitkan oleh penerbit siri Transformers Lorenzo Di Bonaventura di bawah payung Paramount.

Image from: Cyberpunk 2077 Akan Menerima Adaptasi Filem Aksi Nyata

Cyberpunk 2077 menjadi sebuah lagi permainan video yang diterbitkan Paramount selepas Call of Duty, Halo, Sonic The Hedgehog, Halo, dan Street Fighter. Setaka ini Cyberpunk 2077 telah terjual lebih 50 juta unit sejak dilancarkan menjadikannya antara yang paling laku dalam sejarah permainan video.

Siri berkisar watak V dalam dunia cyberpunk masa depan yang ingin membalas dendam kematian seorang rakan disebabkan oleh kejahatan Arasaka Corporation. Sepanjang permainan beliau dihantui watak Johnny Silverhands yang dilakonkan oleh Keannu Reeves.

Dengan filem telah diumumkan, peminat pastinya ingin melihat Keannu Reeves kembali membawakan watak yang sama. Pada ketika ini filem masih tidak mempunyai pengarah, barisan pelakon dan skrip.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved