Pusat tindak balas insiden keselamatan siber (Cyber999) CyberSecurity Malaysia (CSM) merekodkan sebanyak 5,181 insiden keselamatan siber dalam tempoh sepuluh bulan sejak awal tahun ini, seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Tiga insiden tertinggi yang menjadi penyumbang kepada jumlah itu termasuklah penipuan dalam talian (3,483 kes), berkaitan kandungan dan pencerobohan (480 kes), kod berbahaya (403 kes), manakala selebihnya kes lain-lain. Meskipun terdapat peningkatan atau penurunan pada setiap bulan namun secara puratanya agensi itu menerima purata 500 kes sebulan.

Dalam hal ini, CSM menjelaskan bahawa kes penipuan adalah kes tertinggi yang membabitkan kes belian dalam talian termasuk love scam atau penipuan cinta antara yang banyak diterima dalam laporannya. Berdasarkan statistik di Perak sahaja menunjukkan sebanyak 1,407 kes penipuan direkodkan sehingga Julai 2024, dengan kerugian melebihi RM55.3 juta. Justeru adalah penting untuk menangani jenayah penipuan dalam talian dan mengesan modus operandi scammer (penipu). Khususnya jenayah love scam yang memberi kesan besar kepada mangsa wanita terutama mereka yang berusia 41 hingga 50 tahun.

