CyberSecurity Malaysia – Terdapat Peningkatan Ketara Ketirisan Data Di Malaysia

TechnologyDigital
12 Dec 2023 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketirisan data peribadi boleh mencetuskan kebimbangan awam khususnya pihak yang menjadi mangsa kejadian. Malah turut berisiko memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan hidup masyarakat. Menurut perkongsian daripada CyberSecurity Malaysia, kes ketirisan data dalam negara kini menunjukkan trend peningkatan ketara sehingga November 2023.

image is not available

Insiden ini melibatkan ketirisan lambakan data maklumat membabitkan Personal Identification Information (PII) yang ditiris dan dijual di ‘Dark Web‘. Antara butitan yang tertiris adalah nama penuh, alamat tetap, nombor pengenalan, pendapatan isi rumah, alamat emel, nombor telefon, serta harta intelek. Perkara ini telah menimbulkan rasa resah kerana bukan sahaja memberi ancaman kepada organisai yang bertanggungjawab terhadap PII bahkan individu yang memilikinya.

image is not available

Kesan ketirisan data berpotensi disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan orang awam yang tidak bersalah dikaitkan dengan kes tertentu seperti penipuan dan ancaman lain. Sebagai tambahan insiden pelanggaran data milik organisasi yang dijual di Dark Web turut berlaku, dan biasanya terdiri daripada data sulit yang dimiliki oleh organisasi terbabit.

Dalam hal ini semua pihak sama ada individu atau organisasi perlu berwaspada terhadap insiden ketirisan data yang berpotensi. Selain turut peka terhadap amalan keselamatan terkini, mengenali impak potensi, dan mengemaskini sistem secara berkala.