‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak

23 Jul 2022 • 1:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kayuhan sejauh 1100 kilometer

‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak. Malaysian Medical Association (MMA) akan bekerjasama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bagi mengumpul dana untuk pesakit kanser menerusi kempen ‘Cycle for Cancer 2022’ dari 15 hingga 24 Julai ini.

Sebagai permulaan, ‘Team’ basikal MMA ini menyasarkan sumbangan sebanyak RM 50,000 daripada orang awam. Laluan kayuhan pula akan meliputi lebih 1,100km dari Sandakan, Sabah, ke Sibu, Sarawak, di mana ibu pejabat MAKNA berada.

image is not available
‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak. Kredit Foto: FB Cycle For Cancer

Menurut president MMA, Dr Koh Kar Chai, kanser adalah penyakit yang memusnahkan kedua-dua individu dan komuniti. Penyakit ini sukar diubati dan mengambil masa yang lama untuk sembuh sehingga memberi kesan kepada mental, emosi, fizikal dan kewangan yang serius.

Tujuan misi ‘Cycle For Cancer’

Dana yang dikumpul melalui ‘Cycle for Cancer’ akan membantu menyokong pelbagai keperluan pesakit kanser di Malaysia.

Kayuhan amal ini mengambil masa selama 10 hari yang akan meliputi kayuhan sejauh 1100 kilometer dari Timur Pantai Sabah, di atas bukit-bukit yang indah di Banjaran Crocker melepasi gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.

Kemudian, kayuhan akan dilakukan di sepanjang pantai barat di Sabah.

image is not available
Hari ke- 8 di Kampung Lajong, Kuala Niah to Bintulu. Kredit Foto: FB Cycle For Cancer

‘Team basikal’ ini kemudiannya akan melalui laluan pantai menyeberangi sempadan Sarawak (dan Brunei) ke arah bandar Sibu dan akhir sekali ke Pejabat MAKNA.

Ini bermakna kayuhan basikal ini akan berakhir di Sibu pada 24 Julai ini.

Menariknya, sukarelawan yang terlibat bukan sahaja dari kalangan pihak doktor, peguam malah turut disertai oleh ‘pejuang’ kanser sendiri sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.

image is not available
‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak. Kredit Foto: FB Cycle For Cancer

‘Pejuang’ Kanser Tiriod’ antara yang terlibat

Danny Goh yang berusia 56 tahun dan merupakan anak jati Kota Kinabalu, Sabah antara individu yang terlibat untuk misi ‘Cycle For Cancer’ ini.

Beliau merupakan pesakit kanser tiroid tahap 4 sejak 2016 dan kini menjalani oral chemotherapy.

image is not available
‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak. Danny Goh ‘pejuang’ kanser Tiriod. Kredit Foto : FB Danny Goh

Untuk misi ini, beliau telah mengetuai krew logistik bersama-sama dengan sukarelawan yang lain.

Kayuhan ini mungkin kedengaran mustahil pada sesetengah orang, namun tidak bagi ‘team basikal’ dari Sabah ini yang telah menjalankan misi mereka bermula pada 15 Julai lepas.

Baca lebih lagi artikel event menarik berkaitan :