MATTA Fair Sabah jana jualan RM35 juta

15 May 2019 • 1:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA KINABALU - MATTA Fair Sabah yang berakhir baru-baru ini mencatatkan jualan sebanyak RM35 juta.

Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah Lawrence Chin berkata pameran yang berlangsung selama tiga hari mulai 10 Mei di ITCC Penampang itu menerima 40,000 pengunjung.

"China dan Korea Selatan di Asia merupakan destinasi utama diikuti dengan Turki dan Jepun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengunjung juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan termasuk daripada kumpulan kebudayaan dari Indonesia serta pelajar kolej tempatan.

"Terdapat juga cabutan bertuah yang hadiahnya disumbangkan oleh Malaysia Airlines, Mas Wings dan Malindo Air serta pelbagai hotel dan agensi pelancongan," katanya.

Chin berkata MATTA Fair Sabah yang berikutnya akan diadakan pada September ini.- Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved