
D.I.Y Penutup Je, Ini Cara Nak Elak Sabun Pinggan Dari ‘Berlubang’ Di Tengah
Biasanya, terdapat dua jenis bentuk pencuci pinggan mangkuk yang ditawarkan dalam pasaran, sama ada bentuk cecair mahupun pepejal yang dijual dalam bekas.
Ada yang lebih gemar menggunakan sabun jenis cecair kerana dapat disimpan dalam pelbagai bekas mengikut kesesuaian ruangan dalam dapur.
Ada juga yang memilih sabun pepejal dalam bekas kerana harganya lebih murah dan dikatakan lebih tahan lama.
Namun sabun jenis ini sering meninggalkan kesan berlubang pada bahagian tengahnya. Ini menyebabkan lama-kelamaan sabun itu menjadi semakin sukar untuk digunakan.
Selain itu, lubang pada tengah sabun juga memerangkap sisa-sisa kotoran yang ada pada berus sekaligus menjadikan sabun berkenaan kotor.
Terdapat pelbagai cara yang digunakan bagi mengelakkan bahagian sabun ini daripada berlubang pada bahagian tengah.
Namun, jika digunakan secara berulang-ulang kali, lambat-laun kesan lekuk berkawah itu tetap akan muncul jua.
Guna penutup bekas sahaja, anda boleh mengelakkan sabun pinggan mangkuk berlubang pada bahagian tengahnya
Seorang pengguna TikTok tampil berkongsi pendekatan yang diambilnya bagi mengelakan situasi di atas berlaku.
Menurut Khabib Mikael (@_mommykhabib), cara yang diamalkan oleh dia selama ini mampu mengelakan sabun daripada berlekuk dan mudah digunakan.
Menariknya, pendekatan tersebut hanya memerlukan penggunaan bahagian penutup bekas sabun basuh pinggan itu sahaja. Jadi, anda tidak perlu mencari barangan lain untuk proses ini.
Pertama, anda cuma perlu mengambil penutup bekas sabun tersebut. Ambil gunting dan potong penutup tersebut mengikut bentuk bulatan penutup.
Selepas itu, gunting pada bahagian hujung bulatan agar kelihatan seperti bentuk bunga atau kipas.

Setelah selesai menghasilkan bentuk demikian, ‘gajet’ tersebut sudah siap dan boleh diletakkan di dalam bekas sabun.

Tekan plastik berkenaan pada bahagian tengah sabun dan anda dapat membuatkan hakisan sabun sekata.

Anda boleh menonton video di bawah:
@_mommykhabib Korang dah tahu ke #tips #tutorial #jimatduit #fyp #gadjetdapur #fypシ #masukberanda #iniideasaya #fypage #tiktokmalaysia #racuntiktok #basuhpinggan #tipsviraleshacks
Sumber: @_mommykhabib via TikTok
The post D.I.Y Penutup Je, Ini Cara Nak Elak Sabun Pinggan Dari ‘Berlubang’ Di Tengah appeared first on Siakap Keli.

