D’Sha Muafit Tawau juara Sabah Muaythai Expo

31 Aug 2023 • 2:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: D’Sha Muafit Tawau muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Sabah Muaythai Expo Road to Saga 2023 yang diadakan pada hujung minggu lalu, di Stadium Bola Keranjang Tawau.

Kelab yang diurus dan dibimbing oleh Sharon Andrea Gerald itu membawa pulang sejumlah 14 emas, 20 perak dan 16 gangsa untuk mengungguli kutipan pingat.

Pemenang pingat emas termasuk tiga anggota pasukan Sukan Sabah (Saga) dari Tawau – Hellmi Samsir, Mohammad Syahrizan Rizal dan Naveel Julian, manakala yang lain ialah Irmayanti Sabarudin, Darrel Julian, Yehezkiel Emang Yafet, Evyanka Qistina Ady, Muhammad Syazie Nazran, Mohd Izack Devid, Bradley Wilbert, Brenderry Melvin Wilbert, Muhd Firash Abd Halim, Muhd Farish Abd Halim dan Mohammad Syahir Hazeri.

Di tempat kedua ialah Tambuakar Muaythai Papar dengan 13 emas, enam perak, 11 gangsa diikuti 66 Unicorns dari Sandakan dengan empat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Seramai 176 atlet dari 18 gim/kelab seluruh Negeri menyertai pertandingan tiga hari anjuran Persatuan Muaythai Sabah dan D’Sha Muayfit Tawau itu.

Sharon, yang juga pengerusi penganjur, berpuas hati dengan sambutan positif daripada peserta.

Katanya, tujuan utama pertandingan itu adalah untuk menyediakan atlet dari daerah masing-masing untuk menghadapi Sukan Sabah (Saga) yang akan berlangsung di Kota Kinabalu pada 16 Disember ini, selain memberi pendedahan kepada peserta baharu.

Majlis penutupan disempurnakan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Tan Sri Liew Yun Fah, dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Majlis Sukan Sabah Valerie Wong, Presiden Persatuan Muaythai Sabah Nazri Abdul Razak, bekas Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Amrullah Kamal dan pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau (PRAY), Jonah Pitah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article