Hanya ada satu Kongres Nasional PKR, kata Wan Azizah

PoliticsBusiness & Finance
1 Dec 2019 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Hanya akan ada satu sahaja Kongres Nasional rasmi untuk parti PKR, iaitu yang dijadualkan pada 5 hingga 8 Disember di Melaka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Pada kami, memang parti buat satu kongres sahaja, itu yang rasmi," kata Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR ketika ditemui pada program Khatan Perdana Parlimen Pandan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus bahawa ada kumpulan didakwa sebagai penyokong Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merancang mengadakan kongres berasingan parti itu pada tarikh sama.

Dr Wan Azizah juga berharap agar segala isu dan 'pergeseran' dalam parti itu dapat diselesaikan pada kongres ke-14 parti yang berusia 21 tahun dan mempunyai kira-kira sejuta anggota.

"Insya-ALLAH, kita harap.. (dapat diselesaikan)," katanya.

PKR dilihat sedang mengalami masalah dalaman berikutan ‘pergeseran’ antara Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Mohamed Azmin sehingga mencetuskan ketegangan dalam kalangan penyokong antara dua pemimpin itu. -Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved