Huawei pernah mengumumkan sasaran memintas Samsung untuk menjadi jenama telefon pintar nombor satu dunia menjelang 2020. Tahun lalu mereka mencatatkan perkembangan jualan 33.6% berbanding 2017 sedangkan Samsung dan Apple masing-masing mencatatkan penyusutan pengeluaran. Sasaran Huawei kini terganggu sejak dihalang dari berurusan dengan syarikat dari A.S selepas dimasukkan ke dalam senarai entiti.

Selepas dilarang dari berurusan dengan Google, peranti Huawei seperti Mate 30 Pro tidak lagi hadir dengan sokongan rasmi GMS. Sebaliknya pengguna perlu memuat turun aplikasi menerusi App Gallery yang menggunakan sistem HMS mereka sendiri.,
