Covid-19: Harga siling topeng muka kini RM2 sekeping

LocalBusiness & Finance
20 Mar 2020 • 5:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan import penutup mulut dan hidung bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran domestik ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata, kebenaran untuk mengimport berkuat kuasa hari ini itu adalah susulan harga siling penutup mulut dan hidung yang dinaikkan daripada 80 sen sekeping kepada RM2 sekeping sekarang.

"KPDNHEP berharap langkah ini akan menggalakkan peniaga mengimport penutup mulut dan hidung dalam waktu terdekat.

“Kalau KPDNHEP masih hadkan harga siling 80 sen sekeping, pengusaha dan kilang tidak lagi mampu mengeluarkan penutup mulut dan hidung,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 12 pemain industri sektor peruncitan di pejabat KPDNHEP, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia disebabkan kenaikan harga bahan untuk menghasilkan produk tersebut.

Kata Nanta, sebelum ini KPDNHEP sudah melaksanakan larangan mengeksport penutup hidung dan mulut ke luar negara supaya bekalan dalam negara ditingkatkan. -Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved