#GodamSahur – Program Hackathon Maya Sepanjang Ramadan, Mengalakkan Pembangun Hadir Dengan Idea Dan Inovasi Baru

4 May 2019 • 7:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Program hackathon bukan sesuatu yang baru, dimana biasanya pembangun, perekabentuk dan yang lain bertemu disuatu lokasi untuk membangunkan sesuatu idea atau projek dalam tempoh masa yang singkat. Terkini, bersempena dengan bulan Ramadan 2019, program #GodamSahur dianjurkan komuniti ICT tempatan, dalam mengalakkan para pembangun hadir dengan pelbagai produk inovatif masing-masing.

Untuk #GodamSahur yang dianjurkan buat julung kalinya ini, topik “Membentuk Komuniti Pintar dan Berinformasi” terpilih, dimana para pembangun boleh membangunkan produk mengikut idea masing-masing, atau dibawah topik yang ditetapkan seperti untuk kanak-kanak, warga tua, atau berkaitan kejiranan.

Sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun, pengaturcara dan sebagainya, anda boleh menyertai program #GodamSahur ini, dan membangunkan projek anda tersendiri sepanjang Ramadan 2019 ini sebelum memilih untuk mengkomersilkannya atau tidak.

Daftar : #GodamSahur 2019

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved