Trend terkini rekaan peranti ialah penggunaan skrin melengkung sepenuhnya pada bahagian sisi. Vivo memanggilnya Waterfall Display manakala Huawei memanggilnya Horizon Display. Evolusi seterusnya rekaan ini ialah skrin melengkung pada keempat-empat sisi peranti. Oppo telahpun mempatenkan rekaan peranti seperti ini pada November tahun lalu tetapi ia baru sahaja diterbitkan bulan ini.

Selain Oppo, Xiaomi juga telah mempatenkan rekaan yang serupa sebelum ini tetapi sehingga kini belum dilancarkan. Sebaliknya peranti dengan skrin melengkung 180 darjah Mi MIX Alpha pula telah mereka perlihatkan.
Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna peranti akan dilancarkan. Persoalan biasa ialah wujud atau tidak pasaran untuk peranti dengan rekaan skrin melengkung pada keempat-empat sisi?

