Covid-19: Bridged Negaraku sasar sumbang 10,000 pelindung muka

2 Apr 2020 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEREMBAN - Briged Negaraku menyasarkan sebanyak 10,000 pelindung muka atau face sheild disumbangkan kepada barisan hadapan di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan koronavirus (Covid-19).

Presidennya, Khairul Nizam Mohd Sopery berkata, sehingga semalam sebanyak 2,500 diagihkan di beberapa hospital, klinik kesihatan, jabatan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Penjara Kajang.

鈥淪ebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan kerja sukarela, kami ambil inisiatif buat pelindung muka ini untuk bantu petugas perubatan bila dengar mereka amat memerlukannya.

鈥淭api nampaknya permintaan itu tinggi dan sebab itu kita gerakkan sukarelawan di seluruh negara untuk menyiapkannya di rumah masing-masing dengan sasaran 10,000 untuk disumbangkan," katanya kepada Sinar Harian.

image is not available

Menurutnya, kos membeli bahan mentah untuk menghasilkan alat berkenaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Selain itu pihaknya turut menghasilkan alas kepala dan sarung kaki untuk petugas perubatan.

鈥淪elain ada sukarelawan yang menjahitnya sendiri, kita juga dapat bantuan menjahit dari sebuah syarikat percetakan secara percuma.

鈥淜etika ini kita semua perlu bersatu. Beban kerja pasukan frontliners ketika ini bertambah untuk mengekang penularan Covid-19, apa salahnya dalam tempoh PKP ini kita bantu dari sudut lain," katanya.

image is not available