Uber ingin merealisasikan perkhidmatan teksi terbang dalam masa beberapa tahun. Sejak diumumkan tiga tahun yang lalu, Uber Air telah berkongsi rekaan konsep electric Common Reference Model (eCRM) tahun lalu. Di acara Uber Allevate yang sedang berlangsung hari ini, mereka memperlihatkan rekaan konsep kokpit untuk teksi terbang mereka.

Pada waktu yang sama Uber mengumumkan ujian untuk teksi terbang akan dilakukan pada tahun 2020 dengan operasi komersial bermula pada tahun 2023. Perkhidmatan akan ditawarkan di bandaraya Dallas, Los Angeles dan Melbourne Australia.

