Oppo melancarkan tiga peranti terkini mereka iaitu Reno2, Reno2 Z dan Reno F di India sebentar tadi. Ia adalah tiga peranti model kemas kini kepada Reno yang dilancarkan pada bulan Mei yang lalu.

Oppo Reno 2 menggunakan bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 menerusi port USB-C.
Sementara itu Oppo Reno2 Z pula dilengkapi skrin 6.53″ AMOLED FHD+, pemproses MediaTek Helio P90, memori sebesar 8GB RAM, storan sebesar 256GB, kamera utama 48+8+2+2 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh dengan pengecasan VOOC 3.0.
Akhir sekali ialah Oppo Reno2 F pula dilengkapi skrin 6.53″ AMOLED FHD+, pemproses MediaTek Helio P70, memori sebesar 8GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera utama 48+8+2+2 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh dengan pengecasan VOOC 3.0. Kedua-dua Reno2 Z dan Reno2 F dilengkapi sistem kamera swafoto periskop pop naik.
Di India Oppo Reno2 dijual pada harga INR36,990 (~RM2170), Reno 2 Z dijual pada harga INR29,990 (~RM1760) manakala Reno2 F pula akan hanya dijual bermula November kelak dengan harga yang masih belum diumumkan

