USM ambil tindakan terhadap penyebar berita palsu

14 Apr 2020 • 8:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

GELUGOR - Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu di laman sosial mengenai kebajikan pelajar di universiti itu sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal ini berikutan tular di Facebook dan Twitter yang mendakwa pihak USM tidak menjaga kebajikan makan dan minum pelajarnya sepanjang PKP.

USM dalam satu kenyataan berkata, pihak universiti memandang serius mengenai berita palsu berkenaan.

"Pihak USM sedang menyiasat dan mengkaji keperluan untuk mengambil tindakan undang-undang jika terbukti ia dilakukan dengan sengaja untuk memfitnah universiti," katanya.

Pada masa yang sama, USM juga berharap agar tiada pihak yang mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya apatah lagi menyebarkan berita palsu kerana ia bukanlah budaya universiti.

image is not available




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved