Apple Watch Menerima Fungsi Kemas Kini Secara OTA

19 Jun 2019 • 8:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam tangan pintar mempunyai satu kekurangan berbanding sebuah telefon pintar di mana ia tidak mempunyai fungsi kemas kini secara OTA. Apple Watch misalnya hanya boleh dikemaskini menggunakan aplikasi Watch pada sebuah iPhone. Tetapi pada watchOS 6 ia akhirnya boleh menerima kemas kini secara OTA.

image is not available
Pada watchOS 6 Beta yang sedang diuji, fungsi memeriksa kemas kini boleh dilakukan terus dari sebuah Apple Watch. Fungsi baharu ini ditemui oleh Jeremy Horwitz yang sedang menguji perisian beta terkini sistem operasi jam tangan pintar Apple. Namun begitu pengguna masih perlu bersetuju dengan terma dan syarat melakukan kemaskini pada sebuah iPhone. Ini adalah petanda awal di masa hadapan Apple Watch akan dapat melakukan kemas kini tanpa tambatan pada iPhone seperti pada watchOS 5 sekarang.

View Original Article