Kontrak hadapan emas tinggi dalam dagangan awal

Business & Finance
11 Sep 2019 • 12:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KONTRAK hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dibuka tinggi, dengan satu bulan kontrak diurus niaga dalam dagangan awal pagi ini.

Pada jam 9.30 pagi, kontrak Ogos 2020 meningkat dua mata kepada RM202.60 segram manakala April 2020 ditambat pada RM204.40 segram.

September 2019, Oktober 2019, November 2019 dan Disember 2019 masing-masing kekal pada RM199.40, RM199.70, RM200.10 dan RM201.30 segram.

Jumlah dagangan sebanyak dua lot manakala minat terbuka sebanyak 119 kontrak.

Pada jam 9.30 pagi, harga disandarkan pada RM193.75 segram, susut dua sen berbanding RM193.77 segram pada penutupan semalam.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved