Nubia Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Permua Baru Dengan Paparan 144Hz

TechnologyDigital
9 Feb 2020 • 3:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Akhir-akhir ini, kita telah mula melihat pelbagai pengeluar peranti menawarkan peranti memfokuskan kepada permua. Salah satu ciri utama yang difokuskan melaluinya adalah sokongan kadar segar semula yang tinggi, sekaligus menawarkan pengalaman bermain lebih lancar.

image is not available


Terbaru, pada acara MWC 2020 kelak, Nubia dijangka memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar memfokuskan kepada permua dibawah jenama Red Magic. Telefon pintar ini dijangka menjadi telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan paparan pada kadar segar semula 144Hz.

Mengikut desas-desus, Nubia mungkin melengkapkan ia dengan cip Snapdragon 865 terbaru, selain mungkin menawarkan memori sehingga 16GB RAM.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan MWC 2020 ini untuk melihat sendiri kejutan yang bakal dibawakan oleh Nubia ini.