Da’i Syed akui hidup gelap, syukur dapat sebar dakwah & ajar mengaji dalam penjara

LocalEntertainment
24 Sep 2024 • 10:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah selebriti, Da’i Syed akui hidup gelap ditahan selama 21 hari di Penjara Kajang selepas didapati merogol seorang wanita kira-kira lima tahun lalu.

Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful berkata, meskipun hidupnya gelap ketika berada di penjara, namun dia bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik.

Dia bagaimanapun memberitahu kesihatannya pada hari ini ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor agak kurang sihat kerana demam akibat ulser.

“Masuk penjara kan, gelap hidup saya pada ketika itu. Tapi alhamdulillah, kesihatan saya dalam penjara baik-baik saja.
“Cuma hari ini saya tak sihat sangat, demam ada ulser. Jadi tak boleh nak cakap banyak sangat,”katanya.

image is not available

Da’i Syed akui hidup gelap

Ujar Syed, dia juga bersyukur kerana diberi peluang untuk menyampaikan dakwah ketika berada di dalam penjara.

“Semua okey (layanan dalam penjara), alhamdulillah dapat berdakwah dalam penjara, ajar orang mengaji, sambut Maulidur Rasul dalam penjara, mengenalkan kepada banduan ini tentang nabi dan rasul. Jadi, ada kesempatan dalam penjara itu untuk memberi sedikit manfaat dan ilmu,”katanya lagi.

@xtra_my

Replying to @Sapawi Salim Jaminan sebanyak RM35,000 dengan dua orang penjamin #fyp #xtra #daiesyed #jaminan #RM35K #beritaditiktok #mahkamah #sembangentertainment

♬ original sound - XTRA - XTRA

Sebelum ini, Syed segak mengenakan suit berwarna biru gelap dan berambut botak memberitahu dia berada dalam keadaa baik dan meminta doa agar dipermudah segala urusan rayuannya.

Terdahulu, Da’i Syed dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan setelah 21 hari dipenjarakan.

image is not available

Perkara tersebut disahkan oleh peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed apabila menyatakan perkara itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi sementara menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Mahkamah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman di bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah dengan beberapa syarat namun butiran lanjut tidak didedahkan.

Sumber: TikTok xtra_my