Da’i Syed Tak Nafi Ada Hubungan S*ks Dengan Mangsa, Hakim Beri Nasihat Buat Da’i Syed – “Jangan Guna Populariti Ambil Kesempatan Pada Orang Terdesak”

4 Nov 2026 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Mahkamah Rayuan mengambil kira beberapa faktor sebelum mengetepikan sabitan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed  termasuk kelewatan pengadu membuat laporan polis selama 441 hari selepas kejadian yang didakwa berlaku pada September 2019.

Sebab Da’i Syed Dibebaskan?

Dalam penghakiman majoriti 2-1 yang dibacakan Hakim Datuk Azman Abdullah, Mahkamah Rayuan berpendapat mahkamah terdahulu telah terkhilaf dan tersalah arah dalam membuat beberapa dapatan sehingga mewajarkan campur tangan mahkamah berkenaan.

Advertisement

Menurut Azman, panel turut meneliti kelakuan pengadu sebelum, semasa dan selepas kejadian, termasuk rekod komunikasi antara pengadu dan Da’i Syed menerusi WhatsApp serta Instagram.

Dalam hujahan pembelaan, peguam Da’i Syed berhujah bahawa anak guam mereka tidak pernah menafikan berlaku hubungan seks dengan pengadu, namun menegaskan ia berlaku atas kerelaan wanita terbabit.

View this post on Instagram

Mahkamah turut mengambil kira keadaan selepas kejadian. Antaranya, pengadu didakwa tidak menunjukkan usaha untuk melarikan diri atau meminta bantuan ketika berada di kediaman Da’i Syed.

Pengadu juga didakwa bermalam di rumah tersebut sebelum pulang pada keesokan harinya menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab dan kemudian memaklumkan kepada Da’i Syed bahawa dia sudah selamat tiba.

Rekod komunikasi antara September hingga Disember 2019 turut menjadi perhatian mahkamah apabila pembelaan berhujah pengadu beberapa kali memulakan perbualan, mendapatkan perhatian Da’i Syed, memujinya serta mengajaknya berjumpa lagi.

Antara perkara lain yang dibangkitkan ialah laporan polis hanya dibuat pada 25 November 2020, iaitu 441 hari selepas kejadian yang didakwa berlaku.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan berhujah kelewatan berkenaan telah dijelaskan menerusi keterangan psikiatri, termasuk keadaan emosi pengadu yang didakwa mengalami trauma serta kesukaran memahami proses perundangan.

Mahkamah juga meneliti keadaan kesihatan mental pengadu yang mempunyai sejarah kemurungan dan pernah menerima rawatan psikiatri.

Pengadu sebelum ini dilaporkan mengalami gangguan kemurungan major dengan simptom keresahan serta diberikan rawatan bagi kemurungan dan kestabilan emosi.

Namun, Mahkamah Rayuan berpendapat faktor kemurungan atau apa yang disebut sebagai kenaifan pengadu tidak boleh secara automatik digunakan untuk menentukan bahawa hubungan seks tersebut berlaku tanpa kerelaan.

View this post on Instagram

Azman berkata, memandangkan Da’i Syed mengakui berlakunya persetubuhan, persoalan utama yang perlu dibuktikan pihak pendakwaan melampaui keraguan munasabah adalah sama ada hubungan itu berlaku tanpa kerelaan pengadu.

“Elemen utama kesalahan rogol adalah ketiadaan kerelaan mangsa.”

Selepas meneliti keseluruhan rekod rayuan serta hujahan kedua-dua pihak, panel majoriti berpendapat pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Da’i Syed serta mengetepikan sabitan dan hukuman 10 tahun penjara serta tiga sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen dan kemudian disahkan Mahkamah Tinggi.

Da’i Syed kemudian dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Nasihat Hakim Buat Da’i Syed

Dalam masa sama, Datuk Azman turut memberikan nasihat kepada Da’i Syed selepas keputusan majoriti berkenaan.

“Saya ada nasihat sikit untuk perayu (Syed Shah Iqmal), perbuatan mengambil kesempatan terhadap individu yang terganggu emosinya boleh mencemarkan nama baik golongan yang membawa imej agama.”

“Nasihat saya ini bukan sahaja ditujukan kepada kamu, turut ditujukan kepada tenaga pengajar di institusi agama dan sekolah.”

Da’i Syed yang berada di kandang tertuduh hanya mengangguk ketika menerima nasihat berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dai syed2026-11-04 11:20:40

(TERKINI) Da'i Syed Bebas Kes Rog*l, Hukuman Penjara 10 Tahun Dan Sebatan Diketepikan

The post Da’i Syed Tak Nafi Ada Hubungan S*ks Dengan Mangsa, Hakim Beri Nasihat Buat Da’i Syed – “Jangan Guna Populariti Ambil Kesempatan Pada Orang Terdesak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved