Da’i Tergamak Maki Dan Pukul Kekasih Lepas Kantoi Curang

30 Mar 2023 • 12:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, di platform TikTok tular audio serta video seorang lelaki yang merupakan agamawan dan peserta program agama mengeluarkan kata-kata makian terhadap kekasihnya.

Melalui hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita yang juga merupakan kekasih da’i tersebut, dia mendedahkan sifat sebenar lelaki itu serta menyifatkan sebagai narsistik.

@annshrniee

Aku takkan balas perbuatan kau, biar Allah sendiri yang membalasnya. Kau dengan mak kau aniaya aku cukup2, kau pukul aku macam binatang. Kau maki aku ikut suka kau. Ingat Allah tu tak tidur. #fypシ #narcissistic #toxicrelationship

♬ original sound – Ainie – Ainie

Menurut wanita tersebut, dia bertindak melontarkan kata-kata kesat itu kerana kantoi berlaku curang terhadap teman wanita.

Malah da’i tersebut menyuruh skandalnya untuk tidak memuat naik apa-apa mengenai dirinya mungkin kerana bimbang imej sebagai agamawan tercalar.

Bukan saja memaki hamun wanita tersebut, malah da’i berkenaan mendoakan agar ibu bapa kekasihnya itu meninggal.

Kau saja ke nak buka aib aku? Padam baliklah. Sial lah betina macam kau ni p*kimak. Aku sumpah mak kau mampus, bapak kau mampus!

Dalam pada itu, wanita berkenaan menjelaskan kepada warganet bahawa pendedahan yang dilakukan bukan untuk memfitnah atau menjatuhkan imej mana-mana pihak tetapi hanya sekadar pengajaran buat orang lain.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved