
KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun kritikal apabila dada dan lehernya tertusuk sebatang besi selepas terjatuh berhampiran SK Tandek di Kampung Tandek, pada Jumaat.
Difahamkan dia sedang berjalan bersama ibunya menuju ke sebuah kedai runcit ketika kejadian berlaku.
Ibu mangsa kemudian membawanya ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan bomba kerana tidak dapat mengeluarkan batang tersebut.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu Penolong Penguasa Bomba Mohd Hasbi Hajat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota segera dikerahkan ke hospital dan berjaya memotong batang besi itu menggunakan peralatan khas.
“Keadaan mangsa tidak dapat dipastikan kerana ketika operasi, mangsa telah ditidurkan.
“Bagaimanapun, besi itu berjaya dikeluarkan,” katanya, menambah operasi ditamatkan pada 7.09 malam.
Ini adalah kes ketiga insiden tertusuk dilaporkan tahun ini. Dua sebelum ini melibatkan anak panah besi untuk menangkap ikan.
Di Ranau, seorang remaja berusia 18 tahun tertusuk anak panah yang mengenai lengannya pada Februari lalu. Kejadian kedua juga pada Februari lalu membabitkan seorang remaja berusia 25 tahun di Kota Belud yang pahanya tertusuk. Dalam kedua-dua kes, ia disebabkan oleh kecuaian.
Kes hari ini sama seperti yang berlaku di Kota Kinabalu pada 2014, di mana sebatang besi menusuk pipi seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang terjatuh berhampiran parit.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
