Dadah: 16 lelaki, empat wanita ditahan

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 4:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Polis menangkap 16 lelaki dan empat wanita kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata suspek ditangkap dalam beberapa siri operasi yang dijalankan oleh anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik sejak 1 sehingga 8 Oktober.

Antara lokasi yang diserbu adalah kawasan Taman Tyng, PPR Taman Mesra, Kampung Sungai Obar, Bandar Leila, Jalan Batu Sapi, Kampung Kombo, Bandar Prima, Kampung Forest dan Taman Gaya.

Dari jumlah tangkapan itu, dua lelaki ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek juga didapati positif methamphetamine and amphetamine melalui saringan ujian air kencing.

Kesemua mereka disiasat di bawah Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki penagih.

Selain itu, salah seorang suspek wanita yang ditahan juga disyaki memiliki cecair dan serbuk ketum akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Kesemua suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

George berkata operasi itu merupakan tekad pasukan itu untuk membanteras jenayah dadah di Sandakan.