Dadah cuba diseludup melalui pesawat bernilai lebih RM600,000 dirampas

5 Aug 2024 • 12:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KOTA KINABALU, 5 OGOS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah merampas 20,393 gram dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM600,000 yang cuba diseludup melalui pesawat penumpang, 30 Julai lalu.

Penolong Ketua Pengarahnya Siti Mang berkata rampasan itu dibuat di Lapangan Terbang Tawau pada 12.30 tengah hari dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 1 tengah hari.

Beliau berkata pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan disyaki keldai dadah berumur 18 dan 29 tahun.

“Modus operandi kes ini adalah menggunakan bungkusan plastik berwarna hijau jenama Guanyinwang yang diseludup masuk melalui kapal terbang penumpang bagi mengelirukan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti penyeludupan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved