Dadah RM1.48j: Suami ‘tukang masak’, isteri tukang edar

29 Apr 2024 • 3:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: FMT

PETALING JAYA: Lelaki bertindak sebagai “tukang masak dadah” yang menjadi dalang sindiket antara 13 ditahan dalam tiga serbuan berasingan melibatkan rampasan 312.7kg pelbagai jenis dadah bernilai RM1.48 juta.

Dalam serbuan sekitar Lembah Klang, pada 26 April, polis menahan isterinya yang berperanan menguruskan kewangan dan pemasaran dadah sindiket berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Khaw Kok Chin, berkata dalang kumpulan yang juga seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan bersama 12 ahli sindiket pengedaran dadah, disyaki aktif mengedar dan menjual bahan terlarang, sejak setahun lalu.

“Siasatan mendapati dalang utama mempelajari cara memasak dadah secara dalam talian, manakala isterinya bersama empat wanita lain dipercayai berperanan menguruskan kewangan dan pemasaran dadah sindiket ini,” katanya menurut Harian Metro.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Beliau berkata, serbuan pertama dilakukan melibatkan sebuah kereta Honda City di Jalan Utama Lebuhraya Cheras-Kajang dan menemui 1,200 bungkusan mengandungi heroin seberat 2.44kg, selain menahan lelaki tempatan berusia 25 tahun.

“Serbuan kedua di sebuah rumah (teres) di Semenyih, menjumpai 16 bungkusan plastik lut sinar berisi bahan kimia dan dadah seberat 4.58kg, dan lapan botol kaca kimia mengandungi dadah seberat 13.64kg,” katanya.

Kok Chin berkata, susulan itu JSJN menyerbu sebuah kondominium mewah disyaki dijadikan pusat simpanan dadah yang terletak di KL Sentral, di Kuala Lumpur dan menemui sejumlah dadah jenis syabu, heroin, dan ganja.

Katanya, semakan mendapati lima suspek terbabit mempunyai rekod lampau berkait kesalahan narkotik dan jenayah, manakala lapan lagi tiada rekod.

“Semua suspek direman bermula 27 April hingga 3 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.