Dadah RM21,502, wang tunai RM97,000 bawah katil dirampas

28 Jul 2026 • 10:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dadah RM21,502, wang tunai RM97,000 bawah katil dirampas

BERA – Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM21,502 dan menyita wang tunai berjumlah RM97,000 dipercayai hasil jualan dadah susulan penangkapan seorang seorang lelaki di tepi jalan Felda Tembangau 1, Kemayan, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah kira-kira pukul 1 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat polis Daerah (IPS) Bera.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek yang menunggang motosikal jenis Honda menjumpai dadah disyaki syabu seberat 367.55 gram, pil erimin 5 (27.10 gram) dan ganja (138.17 gram) yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM21,502.

“Polis turut menyita wang tunai RM97,000 yang disimpan di bawah katil yang dipercayai hasil jualan dadah serta sebuah motosikal jenis Kawasaki dianggarkan bernilai RM25,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee, suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.

Tambah beliau, semakan turut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – KOSMO! ONLINE

 

The post Dadah RM21,502, wang tunai RM97,000 bawah katil dirampas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved