Dadah: Tiga lelaki ditahan di Ranau

LocalPolitics
19 Sep 2024 • 3:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Polis Ranau menahan tiga lelaki, termasuk seorang warga Indonesia, yang disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dalam dua kejadian berbeza di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian pertama, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pekebun.

Pada awal kejadian, lelaki itu bertindak agresif dan bergelut dengan unit polis MPV ketika pemeriksaan berhampiran Balai Raya Kg Kinasaraban Baru, di sini, sebelum suspek berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, dengan bantuan Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ranau, suspek itu ditangkap semula di lokasi lain di Pekan Kundasang.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Suspek dibawa ke IPD Ranau untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing, suspek didapati positif dadah jenis syabu. Lelaki itu juga didapati mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Penahanan itu adalah hasil tindakan pantas BSJD dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) serta Unit MPV Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Ranau.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama Seksyen 353/186 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian berasingan, dua lelaki berusia 41 tahun dan 28 tahun, masing-masing warga Malaysia dan Indonesia yang bekerja sebagai pekebun dan penyelia pekebun di sini, ditahan di IPD Ranau. Ia susulan ujian air kencing positif dadah jenis syabu dan amfetamin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.