“Daddy sentiasa sayang awak berdua” – Fattah Amin kongsi foto terakhir bersama isteri, anak

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 3:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fattah Amin kongsi foto terakhir

Pelakon sensasi, Fattah Amin kongsi foto terakhir bersama isteri dan anaknya, Nur Fazura dan Nur Fatima Aisyah telah undang rasa sebak ramai.

Mana tidaknya, selepas Fazura muat naik hantaran nekad bercerai dalam Instagram (IG), giliran Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin pula meluahkan rasa cinta dan sayangnya terhadap dua insan tersebut.

Fattah Amin kongsi foto terakhir

Instagram will load in the frontend.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu turut meminta kepada orang ramai untuk mendoakan perkara yang baik-baik buat keluarganya.

“Doakan yang baik-baik buat kami. Apa-apapun Daddy akan sentiasa menyayangi anda berdua. #lastpicturetaken,” tulisnya.

Terdahulu, Fattah dilaporkan belum bersedia untuk melepaskan isterinya, Nur Fazura ketika sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.

Fattah Amin kongsi foto terakhir

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk perbicaraan yang selanjutnya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

image is not available

Sumber: Instagram @Fattah Amin