“Daddy Tak Salah, Cuma..” – Komen Fahrin Ahmad Isu Fizi Ali Dan Anak Curi Tumpuan Netizen

Entertainment
25 Oct 2023 • 2:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, penyampai radio Fizi Ali dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri menjadi tumpuan gara-gara isu foto tangan anak tiri Fizi yang didakwa menekup mulut anak kandung mereka iaitu Ameena.

Malah, isu ‘penipuan’ ke taman tema sebaliknya Fizi Ali bernikah turut dibangkitkan Shakilla sehingga ia mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Fizi kemudian memuat naik foto dia dan isteri baru, Siti Zulaikha bersama Ameena dan juga anak tirinya ke sebuah taman tema air yang berlokasi di Dengkil, Selangor.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meninggalkan komen terharu dan gembira melihat anak beranak itu gembira bersama meluangkan masa bersama.

Namun, komen dari pelakon dan personaliti TV, Fahrin Ahmad ini turut mencuri tumpuan warga maya di mana dia meluahkan rasa terkilan kerana tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan Fizi Ali.

image is not available

Daddy tak salah. Cuma uncle terkilan Daddy tak ajak Uncle datang dia kahwin. Maafkan Uncle FA Ameena. Tidak hadir ke majlis pernikahan bapakmu.

Terdahulu, Fizi Ali telah selamat bernikah dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha pada Isnin lalu setelah menjalinkan hubungan mesra setelah sama-sama terlibat dalam perniagaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Ameena Pun Selesa Dan Terima" - Fizi Ali Syukur Dapat Isteri Baru Yang Ada Anak Perempuan Juga