“Daddy Tiada Ilham” – Ally Iskandar Kongsi Momen Bermain Dengan Anak, Netizen Cuit Konon Ucap Tahniah Buat Bekas Isteri

Entertainment
9 Jan 2024 • 6:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, media hiburan tempatan disajikan dengan berita gembira apabila pensohor media sosial dan juga aktivis, Farah Lee telah selamat bergelar isteri orang dengan lelaki pilihannya.

Sememangnya menjadi tumpuan, netizen baru-baru ini perhatian tertumpu kepada hantaran bekas suami Farah, personaliti TV Ally Iskandar di Instagram pula.

Kongsi aktiviti bersama anak

Meskipun hanya berkongsi aktiviti harian bersama anaknya, Maream Esaabel, netizen membuat spekulasi ia seolah-olah ditujukan buat Farah dan suami barunya, Fuad.

image is not available

Dalam hantaran tersebut, Ally berkongsi foto permainan tanah liat berbentuk sepasang angsa yang dibuat bersama anaknya.

Simbolik, tersurat dan tersirat

Kata netizen, ia seperti satu simbolik ucapan buat Farah dan Fuad sempena perkahwinan mereka baru-baru ini.

image is not available

Its a wish to the other side..

Sesuatu je daddy ni, haha kebetulan mungkin. Tersurat dan tersirat..

Sekadar info, Ally pernah mendirikan rumah tangga bersama Farah pada tahun 2012 sebelum bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 9 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

"Niat Kami Hanya Ingin Membantu Ayah" - Individu Buat Permohonan Maaf Terhadap Farah Lee, Akui Kenyataan Berbaur Emosi