DaddyAsh Mengaku Tidak Bersalah, Jadi Gigolo & Jual Video S3ks

26 Jan 2024 • 3:01 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seorang bapa tiga anak yang popular dengan panggilan “Hot Daddy” yang tular dalam aplikasi X didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dalam aplikasi itu minggu lalu.

image is not available

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalannya memggunakan aplikasi X dimana orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman di sini pukul 10.10 pagi pada 16 Januari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca dibawah Seksysn 34 kanun yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved