
SHAH ALAM, 18 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir bagi daerah Hulu Langat, Selangor hingga jam 6 petang ini.
Amaran sama turut membabitkan Kuala Lumpur; Kuala Muda, Baling dan Kulim di Kedah.
Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Daerah Hulu Langat dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir hingga jam 6 petang appeared first on Selangorkini.

